"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

25 July 2016

Persahabatan Eging Nusantara (PEN)

Salam pertemuan untuk semua rakan-rakan eging. Pada post kali ini, ambe ingin menjemput semua rakan-rakan eging untuk sama-sama berkongsi maklumat dan pengalaman di dalam WhatsApp Group Eging. Pada awalnya kumpulan ini dikenali sebagai Kelab Eging Malaysia. Memandangkan penyertaan mula datang dari luar malaysia maka group ini telah ditukar nama sebagai Persaudaraan Eging Nusantara atau singkatannya PEN.

Tujuan utama group ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyatukan semua peminat-peminat eging tegar juga peminat baru di bawah satu medium menggunakan teknologi terkini. Sebagai perintis, saya telah cuba sedaya upaya untuk memaju dan memperkenalkan sukan eging di Malaysia melalui blog utama http://sotonglaut.blogspot.com/ semenjak dari tahun 2010, Laman Facebook dengan menggunakan alamat https://www.facebook.com/abe.din.946 dan page FB, Sotonglaut Eging Club-Malaysia (SEC-M). Terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan teknikal rakan eging suhaimimd.

Semua yang saya usahakan ini adalah dengan tujuan untuk menyatukan semua peminat eging yang ada. Saya sangat percaya tanpa kerjasama dan kesatuan yang kuat, usaha untuk melihat eging berkembang maju akan menemui jalan buntu. Perlu diingat sukan eging tidak sepatutnya disertai oleh golongan tertentu sahaja tetapi boleh disertai oleh semua orang dari pelbagai latar belakang.

Dari pengamatan dan sedikit pengalaman yang dianugerah oleh-Nya, saya dapati ada diantara peminat eging tegar dan baru agak sukar untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Mereka lebih suka bergerak bersendirian dalam sukan ini. Dan lebih malang lagi mereka mencedok pengalaman dan pengetahuan daripada orang lain tetapi tidak mahu berkongsi pengalaman mereka dengan orang baru. Jika ini adalah dasar pemikiran yang dipegang memang sukar untuk sukan ini berkembang maju. Apabila kita tiada nanti, ilmu dan pengalaman akan hilang bersama. Adakah kita tidak mahu berkongsi dengan generasi akan datang.

Saya telah menyediakan medium agar satu hari nanti kita sama-sama dapat melihat sukan eging ini berkembang maju di seluruh Nusantara. Saya dan rakan-rakan yang sehaluan tidak serik mengutip ilmu dari orang-orang lama dan disebarkan kepada peminat yang memerlukan. Besar harapan saya agar ramai lagi yang berfikiran positif dan tidak kedekut untuk berkongsi.

Group WhatsApp PEN adalah medium terbaru diwujudkan bagi menyatukan peminat eging nusantara. Saya sendiri menyediakan peranti khas bagi memudahkan saya mentadbir FB dan PEN. Bagi peminat yang ingin menyertai, tidak kira orang lama atau orang baru adalah sangat dialu-alukan. Anda hanya perlu menghantar e-mail makluman menggunakan alamat e-mail: egingsotong@gmail.com atau colourless_orchid@yahoo.com dengan memaklumkan nombor talian WhatsApp anda. Anda juga boleh terus menghantar WhatsApp ke talian 018-9831244.

Walaupun ada sangat dialu-alukan, terdapat beberapa garis panduan utama yang perlu dipatuhi sepanjang anda menjadi ahli group. Secara ringkasnya digariskan seperti di bawah:

1. Dilarang menghantar sebarang imej lucah
2. Dilarang menghantar maklumat berunsur politik dan perkauman
3. Dilarang menghantar mesej yang menyinggung perasaan ahli lain
4. Dilarang menjual beli barangan

Dibenarkan
1.Berbincang berkaitan eging dan pancingan ikan
2.Mempromosi barangan yang bukan untuk keuntungan peribadi
3.Mempromosi aktiviti bagi mempereratkan persahabatan antara ahli

PERINGATAN: Jika ada ahli yang melanggar garis panduan yang ditetapkan, keahlian akan ditamatkan serta merta setelah mendapat persetujuan semua Group Admin.

Semoga anda menjadi seorang ahli yang aktif dalam menyumbang bagi kemajuan eging di bumi Nusantara. Perlu juga diingat bahawa individu yang menjadi ahli group datang daripada pelbagai bidang, sosio ekonomi, agama, politik, etnik, budaya dan pelbagai perbezaan. Oleh itu, semua ahli perlu lebih sensitif dan berhati-hati agar tidak menyinggung mana-mana pihak. 

Setakat ini ahli group PEN  datang dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Singapura dan Sabah. Kami sama-sama berbincang tentang teknik eging, pancingan ikan, keadaan cuaca, hasil tangkapan, peralatan dan aktiviti memancing dan eging. Semua maklumat yang diperbincangkan secara tidak langsung telah mengeratkan persahabatan kami. Kami sangat mengharapkan kehadiran ahli baru dari setiap negeri dan seluruh Nusantara seperti Indonesia, Brunei dan Thailand agar maklumat seperti cuaca dan lain-lain dapat disampaikan dengan cepat. Setakat ini medium bahasa yang utama adalah Bahasa Melayu Nusantara. 

Kepada rakan yang masih belum menyertai, kami sangat mengalu-alukan. Keluarlah dari tempurung dan kepompong masing-masing. Buang jauh-jauh sifat malu. Jangan kedekut untuk berkongsi, terus maju, dan bergerak ke hadapan dengan pandangan yang positif. Akhir kata, marilah kita sama-sama mempromosi dan membangunkan sukan ini agar ianya sentanding dengan aktiviti eging di luar negara. Satu hari nanti kita akan pergi, tetapi jasa yang kita tinggalkan akan terus diingati oleh generasi akan datang. Jika diizinkan oleh-Nya kita pasti akan berjumpa. Salam persahabatan dari saya-Abe Din
Read more >>

24 July 2016

Trip-6 Pulau 2016B

Sambungan Trip-6 Pulau 2016A

SEKITAR EGING SUMMIT 2016

 Rizuan Dengan Salah Seeokor Mangsa



 Sotong Menjadi Mangsa Kerana Lewat Salam Raya


 Tangkapan Berdekatan Parking Bot



 Pasangan Kekasih Ditangkap Kerana Berkhalwat


 Sotong Tertipu dengan Jig Versi Jarang Guna



 Memburu Mangsa Saat-saat Akhir


 Perang Dakwat Sotong

Bendahari Bersama Bapaknya



 AKTIVITI MALAM HARI
 
 Memanggang Sosej, Burger dan Ayam



Seekor Sotong Telah Diculik dan Dipanggang




LAPORAN TANGKAPAN


 Apoh / Ashraf Bersama Tangkapan

 Apek Bersama Tangkapan

Suad / Jamil Bersama Tangkapan

Apizz Bersama Tangkapan

 Tangkapan Zul

 Tangkapan Rizuan Ali

 Tangkapan Amir

Tangkapan Ambe Punya.. jangan jelous

 Ambe Punya Jugok...

Jig Udang Pembunuh
Sukar Dicari Ganti


Hingga berjumpa lagi-Abe Din


Read more >>

Trip-6 Pulau 2016A

Salam kunjungan untuk semua sahabat sotonglaut. Satu trip lepas raya yang dirancang lebih dari sebulan akhirnya dapat dilaksanakan. Peserta trip dengan 12 orang ahli telah masuk ke pulau dengan 3 kali diangkut menggunakan bot dari pukul 3.00 hingga 4.00 petang. Seperti biasa "tekong power", tekong Anuar menjadi sandaran utama pertarungan kali ini.
 Peserta-peserta trip ke-6

Sembilan peserta adalah peserta baru dari Kuantan, Temerloh dan Singapura. Di sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat. Berita yang diterima, hujan lebat berlaku dari Kuantan hingga ke Dungun. Risikan laman web menunjukkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku dua tiga hari lagi. Selepas tiba di jeti... hujan mula berhenti. Alhamdulillah hujan tidak turun sehingga trip tamat keesokannya.
Peserta yang masuk ke pulau menaiki bot paling awal memang bertuah kerana berjaya menjerat sang lembut sebaik sahaja selesai barang di punggah ke darat. Sementara menunggu peserta pusingan ke dua sampai, 3 orang peserta pertama telah pun berjaya mendaratkan berbelas-belas ekor sotong.

Tangkapan Pusingan Pertama-Sebelum Senja

 Saiz memang boleh tahan

Trip kali ini boleh dikatakan sangat berjaya kerana rata-rata peserta yang baru belajar eging dapat menaikkan sotong dalam jumlah dan hasil yang sangat memuaskan. Sotong galak memegang jig udang hingga bot yang akan membawa kami pulang telah tiba di kawasan pulau. Sehingga menunggu bot mengambil peserta akhir... lebih 30 ekor sotong lagi berjaya didaratkan

 Memang Ganas dan Memuaskan

Sotong sangat galak memegang jig hampir meliputi keseluruhan kawasan pulau. Taburannya sangat meluas. Ada kawasan yang tidak pernah dinaikkan sotong pada trip sebelumnya telah menjadi kawasan sotong bermain. Rata-rata adalah bersaiz penumbuk hingga sebesar lengan manusia. Sotong besar pada kali ini ialah seberat 1.28 dan 1.15 kg yang menyambar jig pada waktu malam.
LAPORAN KESELURUHAN TANGKAPAN:
1-Amir (18)
2-Kumpulan Zul (20)
3-Rizuan (23)
4-Kumpulan Apiz (21)
5-Ambe (49)
Jumlah tangkapan keseluruhan (131 ekor)-Rekod baru
Rekod terberat- 1.28 Kg
Rekod tangkapan individu (49)
 
 Tangkapan Terbesar dan Terberat

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi bersama pada trip kali ini. Semoga persahabatan akan terus kukuh. Jika panjang umur kita akan bersama lagi pada trip yang lain pula. Trip berikutnya akan diadakan lagi pada masa terdekat. 

Sambungan Trip-6 Pulau 2016B
Read more >>

10 July 2016

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum kepada semua saudara Islamku.
Setelah berlalunya Ramadhan, Syawal pula menjelma. Semua orang bergembira beraya bersama sanak saudara dan orang tersayang. Ambil peluang Syawal ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin. Rapatkan yang jauh.. kukuhkan yang dekat. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada-Nya

 


Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon Maaf Zahir Batin jika sekiranya hasil tulisan dan posting saya telah mengguris hati saudara saudari semua... Juga salam persahabatan kepada semua sahabat yang mengikut rapat perkembangan blog http://sotonglaut.blogspot.com/

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Abe Din
Read more >>

Lokasi Baru

Salam kunjungan semua. Hening pagi lebih kurang dalam pukul 9 psgi, masing-masing sibuk post hasil tangkapan di kawasan masing-masing. Fizi dan Faizal senyap-senyap dah masuk eging ke lokasi baru. Tengok gambar yang dihantar... boleh tahan tangkapan.

Petang janji nak masuk ke tempat baru. Trip pengenalan sambil menduga keadaan sotong di situ. Hasil kosong.. maklumlah orang baru. Ada pencandat di situ yang dapat sotong. Kami memang tak dapat...dok belajar kenal kawasan lagi.

Kawasan Berbatu Kurang Pengunjung

Pandangan Menghala ke Selatan

Test Tempat Baru... Jauh Daripada Orang
Dapat Sekor kat sini..

 Ahli-ahli Komplot Lokasi Baru

Pagi berikutnya satu lagi komplot diatur dan disertai 4 orang pencandat tegar sotonglaut. Hasil memang memuaskan. Sotong memang ada. Walaupun air bergelora, sotong masih sudi menyambar jig udang. Lokasinya nampak tenang dan dikelilingi oleh pokok-pokok hutan yang menghijau. Kesimpulan yang boleh dibuat, lokasi baru ni memang boleh dijadikan tempat cari makan-Abe Din

Ketua Komplot @ Penghalau Sotong

Tempat Eging yang Luas


Read more >>

Mengamuk Juga Di Chagar Hutan

Salam kunjungan untuk semua. kunjungan solo pertama diadakan di Chagar Hutan, Kerteh. Ketika tiba di sana, hujan turun renyai-renyai. Nasib baik bawa baju hujan. Tujuan utama meninjau potensi tempat baru. Balingan demi balingan di sambut sotong bersaiz kecil dan sederhana. Dapat dilihat dengan jelas beberapa ekor anak sotong menghambat jig udang tetapi tidak berani bersalam dengan jig yang dikejar. Hasil tangkapan sebanyak 14 ekor Sang Lembut bermata hijau.


Sebahagian Daripada Tangkapan

Tangkapan yang Sesuai Dibuat Lauk Berbuka


Tak Habis-habis nak bergambar

Kawasan yang Berbatu Membelakangi Hutan

Kawasan yang Sesuai Untuk Eging

Batuan yang Menjadi Kawasan Rempit Sang Lembut

Jig Killer, Biru

Ada Pengunjung yang Datang Mencari Ikan Kunyit

Trip tamat ada pukul 6.30 petang. Nak balik buka puasa. Kalau lambat bini marah nanti. Masa nak balik... hujan pun reda. Puas dengan tangkapan yang diperolehi. Alhamdulillah-Abe Din

Read more >>

Mengamuk Di Kemasik

Salam kunjungan untuk semua. Dalam bulan Ramadhan baru-baru ini, dua kali kunjungan pagi dan malam telah berlangsung di Kemasik. Trip yang sekadar satu tinjauan awal bertukar menjadi kunjungan bermakna apabila sotong mula mengamuk di Kemasik.

Setiap lemparan jig dikejar oleh sotong-sotong bersaiz sederhana dan kecil. Trip siang berlangsung daripada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi. Disebabkan panas matahari yang semakin membahang, trip terpaksa ditangguhkan. Hasil tangkapan sebanyak 10 ekor. Jig Biru merupakan jig killer pada pagi berkenaan.

Sotong yang Berjaya Ditipu

Lagi Seekor yang Berjaya Ditipu

Tangkapan Lumayan pagi Ramadhan

Serangan Bertubi-tubi... 
Sotong Makan Pagi

Air laut yang tenang dan mendamaikan

Jernih... ikan dan sotong dapat dilihat dengan jelas

Trip ulangan dijalankan pada sebelah malamnya. Sampai di lokasi air laut agak bergelora. Beberapa kali sambaran terlucut dengan mudah. Sehinggalah tuanya muncul di permukaan air. Sotong jaum besar. Sotong ini memang sukar untuk ditangkap kerana tantakelnya yang pendek dan dengan mudah sotong ini melepaskan diri. Jika jig bertul-betul tajam peluang untuk mendapatkan sotong ini adalah lebih tinggi. Jig kegemaran adalah merah dan pink yang bersinar dalam gelap. Sotong ini lebih lembut berbanding sotong mabang dan sedap dimakan.

Tangkapan Malam...Jarum Besar

Hanya 2 ekor yang Sudi Bersalaman

Memandangkan sotong sudah pun datang ke Kemasik.. trip berikutnya akan disusun secepat mungkin.-Abe Din
Read more >>

Hasil 2 Negeri

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini berkisar kepada tangkapan Ikhwan di dua lokasi iaitu di Sabah dan Johor. Saiz tangkapan yang sangat memuaskan hati.

Lokasi tangkapan pertama di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Waktu tangkapan pukul7-9 am. Jumlah tangkapan 4 ekor dan seekor ikan bulan.

Lokasi kedua seperti biasa di Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah. Jig yang digunakan jenis Shinoya yang berharga RM6. Warna jig kelabu hijau.

Saiz boleh tahan

Antara tangkapan yang diperolehi


Ikan bulan yang menyambar gewang ikan

Tangkapan di Sabah 1: Saiz boleh tahan

Tangkapan di Sabah 2
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing